Monday, 16 June 2014

Tip Menggoda Suami ???




Sebagai isteri, anda memainkan peranan penting dalam soal pengurusan rumah tangga. Ia termasuk menyelenggara bilik tidur anda dan suami. Suasana bilik tidur memainkan peranan untuk membangkitkan rasa romantik dan ghairah suami isteri.

Bilik tidur yang bersepah akan mengganggu mood untuk berasmara dengan suami atau isteri. Tip mudah berikut membantu isteri mengoda pasangan ketika berada di dalam bilik tidur.


1. Kemas Tempat Tidur

Katil merupakan lokasi penting untuk anda dan suami memadu asmara. Pastikan cadar katil sentiasa berganti, dikemas selepas bangun daripada tidur supaya ia tidak membuatkan pasangan anda berasa rimas.


2. Ruang eksklusif

Bilik tidur adalah tempat privasi anda dan suami, justeru jangan rosakkan suasana itu dengan meletakkan pelbagai brangan yang tidak penting di dalam bilik.


3. Katil bukan tempat meletak barang

Ada sesetengah daripada kita gemar meletakkan segala barang-barang peribadi seperti pakaian, kain pelekat, telekung, tuala, tali pinggang dan sebagainya di atas katil. Ini membuatkan ia kelihatan bersepah dan menyakitkan mata yang melihat.


4. Luang waktu berborak

Bilik tidur juga menjadi tempat anda dan suami berborak santai sebelum tidur. Biasanya percakapan bukan berkenaan hal-hal intim, sebaliknya lebih kepada hal anak, percutian atau kesibukan seharian anda berdua.


5. Tidur pada waktu yang sama

Bagaimana hubungan intim boleh berlaku sekiranya anda dan pasangan masuk tidur pada waktu yang berbeza?


6. Tutup televisyen

Sekiranya dalam bilik tidur anda ada televisyen, tutuplah ia ketika sedang melakukan hubungan intim. Bunyi bising rancangan di televisyen hanya akan mengganggu fokus anda berdua.


7. Penampilan seksi

Percayalah suami anda pasti lebih tergoda apabila melihat isteri tampil seksi di hadapannya.karangkraf

No comments:

Post a Comment