Tuesday, 17 June 2014

‘Calon isteri’ RM72,000'?? @_@



Batu Pahat: Dulu dia seorang eksekutif dengan pendapatan bulanan memuaskan, tapi kerana cinta palsu lelaki ini menggadaikan semua barangan berharga miliknya mencecah sehingga RM72,000 bagi memastikan majlis perkahwinan yang dirancang bersama ‘wanita’ berlangsung meriah dan lancar.

Namun akibat tidak memeriksa latar belakang ‘wanita’ berkenaan, lelaki berusia 34 tahun ini berputih mata apabila mengalami kerugian kerana wang yang dikumpul untuk majlis perkahwinannya itu lesap selepas tertipu watak wanita berkenaan yang sebenarnya tidak wujud dan ‘dilakonkan’ kenalan lelakinya sendiri.


Lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Hafis berkata, dia menerima beberapa SMS pada Februari 2011 kononnya daripada seorang wanita tetapi tidak dihiraukannya kerana curiga.

“Selepas itu, ‘wanita’ itu menghantar lagi beberapa kali SMS dan mencabar saya untuk menghubunginya menyebabkan saya terus menelefonnya dan mendengar suara seorang wanita.


HAFIS menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.


“Talian telefon itu kemudiannya terputus kerana dia memberitahu berhampiran bilik pembedahan di hospital dan memaklumkan dia adalah doktor yang bertugas di hospital di Ipoh, Perak dan berasal dari Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment