Sunday, 15 June 2014

Ayu Raudah tidak curang...

Ayu Raudah tidak curang



KUALA LUMPUR 12 Jun- Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan sebuah blog hiburan mengenai sikap ‘nakal’ suaminya tidak sedikit pun melemahkan perasaan pelakon Ayu Raudhah yang sedang berpantang selepas melahirkan anak keduanya.
Terbaharu Ayu berkongsi perasaan sebenarnya ketika ini terhadap suami, Zaquan Adha melalui laman Instagram.
Menurut Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 30, dia sangat bersyukur bersuamikan Zaquan dan tidak akan sesekali percaya dengan kata-kata orang luar.

“Alhamdulillah saya sentiasa bersyukur bersuamikan Mohammad Zaquan Adha. Tidak kisah apa orang kata saya percaya Allah berikan yang terbaik untuk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagiaan.
“Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita menghadapinya,"kata Ayu melalui laman Instagram yang dimuat naik beberapa jam yang lalu.
Beberapa hari lalu, paparan skrin perbualan seorang wanita dengan Zaquan Adha, 26, menerusi mesej aplikasi sosial WeChat telah tersebar.

Ada di antara ayat dalam perbualan itu menimbulkan persoalan adakah pemain bola sepak pasukan JDT, Johor itu bermain kayu tiga di belakang isteri?
Sehingga kini tiga perbualan dengan Zaquan telah didedahkan yang menjurus kepada hubungan yang agak istimewa berlaku antara mereka.
Ayu sendiri sudah memberi kenyataan mengenai pendedahan itu dengan mengatakan ia lebih kepada perbuatan khianat.
Malah, pelakon yang juga adik kepada Rozita Che Wan ini percaya suaminya tidak akan bersikap curang terhadap dirinya.

Ayu dan Zaquan bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir pada 2 Mei lepas. - UTUSAN 


 

No comments:

Post a Comment