Monday, 16 June 2014
36 Tahun Selepas Tragedi Pesawat Terhempas Di Tanjung Kupang
36 Tahun Selepas Tragedi Pesawat Terhempas Di Tanjung Kupang
Hai semua.. selamat pagi... bagi saya ni entry paling susah nak tulis.. macam entry Highland Tower.. sebab melibatkan banyak fakta.. dan macam2 lagi.. apa2 pun saya akan cuba sehabis baik untuk membawa cerita ini kepada anda.. kisahnya tidak lah sehebat Highland Tower mahupun Villa Nabila kerana tidak melibatkan entiti yang dipanggil hantu.. ia lebih kepada kisah yang menyayat hati... saya akui saya selalu tengok Air Crash Investigation di Astro.. at least kita ambil tahu apa yang berlaku.. walaupun itu sangat menakutkan.. apa2 pun.. semua yang terjadi adalah ketentuan Allah..
Ramai generasi muda yang tidak tahu.. negara kita suatu ketika dahulu pernah dikejutkan dengan insiden terburuk.. ia adalah sejarah hitam penerbangan di dalam Malaysia... dan kejadian ini adalah tidak disangka2.. dan ia juga dikatakan insiden terburuk penerbangan di Malaysia.. saya berharap dan berdoa supaya kejadian yang sama tidak berulang kembali.. memandangkan ramai yang sudah mampu menaiki kapal terbang.. apa2 pun.. berdoalah pada Allah supaya dijauhkan daripada sebarang musibah..
Kisah ini berlaku sekitar 36 tahun yang lalu.. waktu tu saya belum lahir lagi.. generasi 80-an belum ada lagi di dunia nie.. kejadian ini berlaku pada 4 Disember 1977 di Tanjung Kupang, Johor.. Pesawat Malaysia Airlines MH653 telah terhempas di kawasan paya bakau Tanjung Kupang..seramai 93 penumpang dan tujuh krew penerbangan meninggal dunia serta merta...menurut wikipedia, pesawat tersebut telah dirampas ketika pesawat mula berada di altitud tinggi... Pesawat ini berlepas dari Pulau Pinang pada jam 19:21 dan akan mendarat di Kuala Lumpur.. Penumpang pesawat ini termasuklah Menteri Pertanian Malaysia pada ketika itu iaitu Dato; Ali Hj Ahmad... dan beberapa orang kenamaan yang lain...
Pada jam 19:54, pesawat semakin menurun dan menghala ke arah Lapangan Terbang Subang.. kedudukan ketika itu adalah di altitud 4000 kaki di kawasan Batu Arang.. Pihak terminal mendapat informasi daripada radio kapten pesawat yang mengatakan bahawa pesawat telah dirampas... pihak terminal dah buat segala persiapan untuk menghadapi situasi ini.. Namun begitu mereka dapat panggilan daripada radio, dan kapten memberitahu mereka bahawa pesawat akan terus ke Singapura.. namun begitu, pesawat tersebut tidak mendarat di Singapura... Ia menjadi tanda tanya buat semua krew di terminal..
Pada jam 20:15, semua komunikasi dengan pesawat tersebut terhenti... tiada lagi panggilan daripada Kapten pesawat tersebut...Jam 20:36, penduduk Kampung Ladang, Tanjung Kupang telah terdengar bunyi letupan yang sangat kuat dan terlihat sesuatu di dalam kawasan paya bakau.. dan akhirnya ia dikesan sebagai pesawat MH 653 yang di rampas tadi... menurut laporan.. mereka masih tidak dapat mengenalpasti siapakah yang merampas kapal terbang tersebut... Nombor pesawat MH 653 tidak lagi digunakan..
Kisah pesawat terhempas ini juga disenaraikan sebagai salah satu kes misteri bagi dunia penerbangan kerana sukar untuk mentafsir apa yang telah berlaku di dalam pesawat tersebut... dan tidak dapat dikenal pasti siapakah yang telah merampas pesawat itu.. ada sumber yang mengatakan bahawa hijacker tersebut telah menembak kapten pesawat dan juga dirinya...Autopilot telah di padamkan.. dan mengikut kajian mungkin ada seseorang yang masuk ke kokpit untuk mengawal pesawat tersebut...
kronologi kisah pesawat terhempas ini..
semakin hari, banyak ciri keselamatan yang ditingkatkan oleh semua syarikat pesawat di dunia... semoga kita semua dilindungi dan jauh dari malapetaka..cadaver89
Labels:
Tragedi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment