Wednesday, 25 June 2014

Fasha Sandha Tegur Kaki Komen Negatif Di Laman Sosial Instagram


Seakan sudah menjadi hobi baru segelintir rakyat Malaysia untuk menghabiskan masa di akaun para selebriti tempatan untuk memberi pandangan bijak mereka tentang pilihan hidup mereka dan perkara ini mendapat perhatian Fasha Sandha.

Pelakon itu semestinya seorang yang tidak mampu terlepas dari menjadi bahan bualan peminat di Instagram dan terbaru Fasha Sandha tampil memberi teguran terhadap seorang peminat yang membandingkan dirinya dengan bekas isteri Jejai, Nora Danish.

“Negative vibes in the morning. I‘ve been receiving this type of comments from different followers almost everyday which i don‘t like. The fact of the matter, I was at KLFW2014 for Kavita and Tom Abang Saufi finale shows. Yes, memang betul SHE is close to my husband‘s family and always be together with them without me but do you need to feed me WITH this type of comments?”

Komen yang dimaksudkan itu datangnya dari pemilik akaun Instagram Isabelle Hudson (@isahuds) yang mempertikai kenapa tiada gambar Fasha Sandha bersama keluarga Jejai sedangkan gambar Nora Danish senang kelihatan.


Fasha Sandha dalam tulisan beliau di Instagram menjawab komen itu mempersoalkan apa tujuan sebenar individu tersebut meninggalkan komen sebegitu.

“Tujuannya? Benar benar kasihan atau untuk membuatkan saya lebih sedih? Wallahualam. I‘m 5 months pregnant and I don‘t like to read this type of comments in my page, my family page or my good friend‘s Instagram. Yes, anda boleh comments ‘visit my ig‘ untuk nak jual apapun or iklan apa saja di laman insta I, I tak kisah and tak pernah tegur, tidak pernah delete the comments and tak pernah block. But, not this type of negative comments”

Pelakon ini seterusnya berkata yang tulisan beliau itu bukan untuk memarahi sesiapa namun lebih kepada teguran supaya lebih menghormati satu sama lain.

“Please RESPECT. Somehow, its hurting me. Everyone has their limits. Ini adalah teguran to all my followers. Teguran ya, bukan marah. If you don‘t have anything nice to say, please don‘t say anything at all. To whom it may concern, I do hope that u also understand your limit too”

“You need to learn that your actions do affect other people,caused problems,negative vibes and comparison. It‘s not just always about you. Thank you,” tulis Fasha Sandha. (rtky/m) rotikaya

 

kejadian Muhammad Firdaus Dullah, Remaja OKU Kurus Kering Selepas 9 Bulan?



Gambar Muhammad Firdaus Dullah, Remaja OKU Kurus Kering Selepas 9 Bulan. Punca? Imashima Lola Kurung : Sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sampai hati dibiarkan kanak-kanak dikurung dan dibiarkan kering badannya walaupun dia adalah remaja OKU. Hakikatnya, anak OKU adalah anugerah Allah.

Sepatutnya ibubapa haruslah bersyukur pada Allah kerana telah diberikan peluang menjaga anak sendiri dari Syurga. Sangat-sangat besar pahala dan rahmatnya. Berdasarkan….

Berdasarkan semakan Berita Semasa melalui akaun Facebook ibunya yang bernama, pada bulan September 2013 remaja OKU kurus kering pada mulanya sangat cantik rupa dan tubuh badannya kelihatan elok. Selepas 9 bulan……
Kronologi Kejadian Muhammad Firdaus Dullah, Remaja OKU Kurus Kering Selepas 9 Bulan?

Serbuan pada 21 Jun 2014 Taman Semarak Nilai Negeri Sembilan ketika Operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dijalankan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan
Remaja OKU kurus kering ini ditemui dengan bajunya yang sudah hampir reput dan telah lama dibiarkan tanpa makan dan minum yang mana bilik yang didiaminya penuh dengan najis dan bau yang kurang menyenangkan
Pihak penguatkuasa terjumpa remaja OKU kurus kering yang telah dikurung dengan begitu kejam sekali
Mengejutkan remaja OKU kurus kering ini bernama Muhammad Firdaus Dullah telah dikurung oleh ibu sendiri yang bernama “Imashima Lola” berdasarkan semakan Berita Semasa di Facebook
Berasal dari Tawau, Sabah. Semestinya warganegara Malaysia
Punca Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU kurus kering sehingga menjadi begini kerana penceraian ibubapanya dan masalah kewangan
Muhammad Firdaus Dullah berumur 15 tahun
Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU kurus kering ini menghidap penyakit yang dipanggil sebagi Celebral Palsy yang menyebabkan otaknya gagal untuk berfungsi dengan baik bagi mengawal pergerakan otak
Imashima Lola ibu kepada remaja OKU kurus kering ini yang dikatakan berasal dari Sabah sedang bekerja di sebuah syarikat katering yang menjalankan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beritraharian

Cukai Taksiran DBKL 2014 Naik 10% (Perumahan) & 25% (Komersil)!




Cukai Taksiran DBKL 2014 Naik 10% (Perumahan) & 25% (Komersil) : Atas nama mahu tempat yang anda mencari rezeki dan tinggal sekarang iaitu Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu lebih banyak duit daripada anda semua melalui cukai taksiran sebagai contohnya bagi memastikan kemudahan yang dinikmati warga Kuala Lumpur bertambah baik.

Ditambah pula, hartanah di ibu kota Kuala Lumpur melonjak begitu mendadak, DBKL merasakan inilah waktu dan masa yang cukai sesuai bagi mengumumkan kenaikan cukai taksiran naik 2014 selepas dipersetujui sendiri oleh kabinet. Ditambah pula, nilai sewa hartanah berlaku kenaikan mendadak dianggarkan sehingga 300%.

Dan selepas mengambil masa 6 bulan, akhirnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merasakan ini adalah kadar kenaikan yang paling sesuai pada ketika ini dengan harapan warga Kuala Lumpur tidak terbeban.
Kadar Cukai Taksiran DBKL Baru 2014?

Kenaikan cukai taksiran DBKL naik 10% bagi perumahan
Kenaikan cukai taksiran DBKL naik 25% bagi hartanah komersil
Insentif akan diberikan kepada OKU, pesara dan pemilik hartanah yang tinggal di hartanah milikan sendiri untuk tujuan pengurangan jumlah Cukai Pintu dibayar. Borangnya boleh diambil dari Kaunter Bayaran DBKL.
Tiada jaminan kadar cukai taksiran DBKL tidak naik lagi pada tahun hadapan

P/S : Apa kata warga Kuala Lumpur? Bagaimana dengan tahap kemudahan yang disediakan oleh DBKL ketika ini?

PP/S : Adakah kadar sewa di Kuala Lumpur akan dinaikkan bagi menampung kos? beritaharian

Barang kemas anda kelihatan tidak berseri seperti asal?

 


Barang kemas anda kelihatan tidak berseri seperti asal?
Naikkan serinya semula. Cubalah petua di bawah ini.


Petua Membersihkan Barangan Kemas 1

Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.


Petua Membersihkan Barangan Kemas 2

Rendam teh cina semalaman. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.


Petua Membersihkan Barangan Kemas 3

Rendam barang kemas ke dalam air suam selama sejam. Berus dengan berus gigi dan ubat gigi. Bilas bersih dan rendam dalam air selama beberapa jam. Sejatkan di atas kain kering.


Petua Membersihkan Barangan Kemas 4

Rendam barang kemas ke dalam air suam dengan beberapa keping asam gelugor (asam keping). Biarkan selama 4 jam. Bilas dengan air bersih dan sejatkan di atas kain kering.101petua.

Petua Hilangkan Parut Demam Campak


Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua di bawah ini:

1) Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari atau sehingga parut hilang.

2) Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

3) Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari hingga parut hilang.

Selamat mencuba101petua.

Saturday, 21 June 2014

Petua Elak Diri Dari Di Pukau / Mandrem


Kejadian pukau amat popular dihari ini, seakan menjadi-jadi yang diamalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kebiasaanya pukau ini tidak memilih mangsa mungkin yang lemah mudah terkena pukau ini terutamanya orang perempuan.

Disini sedikit perkongsian dapat kita manfaatkan bersama bagi mengelakkan diri daripada terkena pukau.

Difahamkan ilmu pukau ini banyak cara dan jenisnya terbahagi kepada beberapa bahagian :


Ada cara dengan menepuk bahu,
Berjabat tangan,
Menghembuskan asap rokok,
Membuang pasir ke bumbung rumah dan
Seribu satu macam lagi.

Ilmu pukau ini adalah satu sihir pastinya ianya ada kelemahanya yang tersendiri.

Orang-orang tua dahulu ada meninggalkan sedikit pesanan atau tips untuk kita amalkan diantaranya :


Jangan tidur diposisi yang sama,
Tidur dengan cara menyongsang bagi ahli keluarga yang berada didalam rumah.
Menterbalikan penyapu dan diletakkan di pintu dan memelihara ikan puyu.

Mungkin usaha seumpama ini dapat mengurangkan risiko rumah atau penghuni rumah tersebut boleh terkena pukau.

Mungkin ini jenis pukau serumah dan kalau secara individu bagaimana?

Seandainya kita berseorangan dibandar atau dimana jua pukau masih boleh di lakuakan dengan cara berseorangan dengan cara menepuk bahu, berjabat tangan, di hembus dengan asap rokok atau sekadar renungan dan bertentangan mata atau sekadar mencuit anda sahaja.

Pasti bilamana perkara ini terjadi mata kita akan bertentangan mata dengan penjenayah pukau ini. Pastinya bebola mata kita akan terus berhubung serta dengan mudah kita akan terpengaruh dengan mentara dan jampi mereka dan anda seumpama di bius lupa segalanya dan hanya mengikuti sahaja arahannya.

Diperingkat awal mungkin penjenayah pukau akan bertanya soalan-soalan pelik kepada anda bertanyakan arah jalan, kedai yang ingin ditujui dan berbagai cara lagi dan sehingga jika anda membawanya untuk meniki kereta pasti anda telah terkena sepenuhnya pukau dari penjenayah ini.

Bagi mengelakkan diri terkena jenis pukau ini kita perlu lebih berwasapada terhadap tingkah laku kita sendiri paling penting respon kita bila situasi ini terjadi. Sebagai contoh :


Jika bahu anda dicuit atau ditepuk anda boleh menoleh kearah belakang tapi perlu diingat jangan terus memandang pada wajah pelakunya perkara seumpama ini terus menghubungkan anda pada terkena pukau.
Sebaiknya pandang kearah kakinya terlebih dahulu kemudian baru memandang kepada wajahnya ( jangan memandang tepat kearah matanya).
Dengan cara sedemikan pukau tidak akan menjadi kerana pertentangan mata anda dengan matanya sudah menjadi pandangan kedua anda terhadapanya.

Kadangkala ada juga penjenayah pukau ini menggunakan taktik dengan sekadar mengetuk pintu rumah kita dan apa bila kita membuka pintu mata kita terus memandang raut muka mereka dengan sedikit arahan sahaja kita boleh sahaja terus terkena pukau daripada penjenayah pukau ini.

Mungkin diluar sana banyak doa, tips dan amalan daripada ayat-ayat tertentu.

Sebaiknya kita amalkan, paling penting jangan sampai kita lupa pada Allah dan jangan biarkan hati kita kosong daripada mengingatinya.

Pasti bila hati kita kosong situasi ini boleh dipengaruhi oleh perkara yang tidak sepatutnya. blogpetua

Petua Ketatkan Faraj / Vagina.

Hubungan intim antara suami isteri adalah salah satu kebahagiaan dalam rumahtangga.Keupayaan suami dan isteri untuk memberikan kepuasan seks kepada pasangan masing-masing amat penting.

Keupayaan ini berkait rapat dengan kondisi alat kelamin. Vagina yang ketat dapat memberikan lebih kepuasan bukan sahaja kepada suami tetapi isteri itu sendiri.

Bagaimana untuk mendapatkan vagina yang ketat, terutamanya untuk wanita yang telah melahirkan anak.

Di bawah ada beberapa petua yang boleh anda ikut.

1. Manjakani


Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat.
Gunakan air itu untuk mencuci bahagian faraj.
Amalkan setiap hari.

2. Latihan Kemutan Faraj.


Amalkan membuat latihan kemutan faraj setiap pagi.
Caranya dengan kemut faraj anda seolah-olah anda sedang menahan kencing selama 7 saat.
Lakukan selama 20 kali setiap hari.

3. Khasiat daun Inai, Pegaga, Daun Limau Purut dan Pinang Muda


Pinang muda ditumbuk untuk mendapatkan airnya yang pekat.
Ambil daun inai, pegaga dan daun limau purut secukupnya dan ditumbuk serta diperah untuk dapatkan air yang pekat.
Campur kedua-dua jenis air ini.
Ambil cotton bud dan celupkan ke dalam air ini.
Celupkan cotton bud ini ke dalam faraj.
Amalkan setiap hari semasa mandi petang sehingga faraj terasa benar-benar ketat.

Berang Dengan Nabila.


Berang Dengan Nabila: Amy Search Keluar Perkataan Kesat Kepada Anaknya

Terkejut Murai Batu saat membaca komen Amy Search di laman sosial Instagram milik anaknya Nabila Huda hari ini sehingga keluar perkataan yang kesat seperti p*k****. 

Menerusi gambar yang dikomen Amy, Murai Batu rasa dia amat berang dengan foto percutian mesra Nabila dan kekasihnya di luar negara itu. 

Malah dia sendiri seolah-olah meluahkan rasa tidak berkenan kepada sikap kekasih Nabila. 

Ini antara komen Amy Search yang merupakan pemilik akaun @akuamysearch di Instagram:
zamrispoon

Pelik! Ada Cacing Bersaiz Raksasa Dalam Perut Wanita Ini.


Pelik! Ada Cacing Bersaiz Raksasa Dalam Perut Wanita Ini.

Seorang wanita berasal China "menyimpan" cacing pita sepanjang 2.5 meter yang diambil dari perutnya selepas dia mengeluh perutnya merasakan perkara aneh.

Pesakit yang dikenalpasti sebagai Li ini mendapat rawatan doktor di Xiamen, provinsi Fujian, pada 29 Mei ketika dia menemui cecair aneh di kerusinya. Demikian seperti yang dilaporkan oleh Metro.

Wanita, yang berusia 30-an tersebut didiagnosa penyakit teniasis, atau jangkitan cacing pita usus yang disebabkan kerana memakan daging lembu atau babi yang tercemar.

Dia mampu berekskresikan diri berkat parasit yang sangat besar, bahkan Li harus dirawat dengan ubat tradisional China. Li mengakui bahawa mengingat cacing pita itu masih membuatnya merasa sakit walaupun selepas dia menjalani rawatan.

"Ini menjijikkan dan hampir membuat saya pengsan," kata Li.

Doktor berkata, pesakit memakan daging lembu matang semasa dalam perjalanan ke negara-negara di Asia Tenggara pada Januari.ping

Friday, 20 June 2014

EVOLUSI BOLA SEPAK PIALA DUNIA


EVOLUSI BOLA SEPAK PIALA DUNIA

1930



1934



1938



1950



1954



1958



1962



1966



1970



1974



1978



1982



1986



1990



1994



1998



2002



2006



2010



2014


PS : Kalau saudara/saudari rasa posting saye nie salah. sila la comment ye.

Wednesday, 18 June 2014

Tikus Panggang Digemari Di Vietnam


Tikus Panggang Digemari Di Vietnam






HANOI - Sebuah restoran di ibu kota Vietnam di sini menawarkan hidangan istimewa tikus panggang yang dicucuk pada kayu seperti kebab.


Daging haiwan perosak itu dianggap makanan istimewa di selatan Vietnam dengan semakin ramai penduduk Vietnam menggemarinya.


Menurut seorang pemburu tikus, haiwan itu banyak terdapat di sekitar Delta Merah dan di tebing Sungai Mekong terutamanya ketika musim menuai padi. Secara puratanya, seratus kilo tikus dijual pada setiap hari.


"Makanan istimewa ini dimakan oleh petani ketika musim menuai," katanya.


Menurut pemburu tikus tersebut, petani-petani akan menangkap tikus untuk dijual ke pasar. Harga pasaran daging tikus di negara berkenaan adalah antara AS$4 (RM12.90) hingga AS$5 (RM16.20) sekilogram. - Reuters.



Rawatan Spa Yang Pelik Dan Unik Di Dunia


Rawatan Spa Yang Pelik Dan Unik Di Dunia





Rawatan Spa Yang Pelik Dan Unik Di Dunia.Rawatan facial siput berkembang pesat dalam industri spa dan kecantikan. Ini kerana lendir daripada siput itu membantu menanggalkan sel-sel mati, menyembuhkan kulit selepas terkena sinaran matahari dan melembabkan semula kulit. Tidak hairanlah pelanggan mahukan rawatan ini dilakukan keatas mereka. Untuk pengetahuan anda, terdapat 8 rawatan facial yang pelik dan unik di dunia.


[1]. Facial Siput


Di kota Krasnoyars di Siberia, lendir siput adalah sumber awet muda. Disebuah spa di kota metropolitan Rusia ini, siput Afrika tersedia dalam berbagai ukuran, untuk ditempatkan di wajah dan tubuh. Lendir yang mereka keluarkan kaya dengan asam glikolat dan elastin, dipercaya bisa mengurangi keriput, luka, dan tanda-tanda penuaan.



[2]. Pedicure ikan


Di beberapa negara Asia seperti Jepang, Cina, dan Indonesia, spa jenis ini mungkin tidak aneh. Namun bagi sebagian besar negara di dunia, perawatan kaki dengan membiarkan ikan menggigiti kulit kaki ini masih dianggap tidak lazim.



[3]. Pijat Ular


Ular mungkin adalah ketakutan terbesar banyak wanita, tapi percayakah Anda ada banyak wanita yang rela membayar 90 USD (sekitar Rp 800.000) untuk membiarkan tubuhnya dijalari sejumlah ular? Di sebuah spa di Israel, tiga jenis ular tidak beracun dilepaskan di wajah dan punggung pelanggan. Gerakan otot mereka saat merayap dipercaya dapat menghilangkan nyeri sendi dan otot kaku, mirip seperti efek dipijat.



[4]. Mandi Ikan


Di China,spa ikan tidak hanya terbatas di kaki. Di Dr.Fish, sebuah resor air panas di kota Chongqing, para penikmat spa merendam seluruh tubuh mereka di bak mandi air segar yang penuh dengan ikan. Jika ikan-ikan tersebut sudah menggerogoti semua kulit mati di tubuh seseorang, dipercaya orang tersebut akan memiliki aura yang lebih sehat.



[5]. Facial dengan kotoran burung


Hanya di New York, kota dengan delapan juta ekor burung merpati, kotoran burung bisa dijadikan komoditi. Dengan membayar 50 USD (sekitar Rp 450.000), Shizuka New York Day Spa menawarkan Geisha Facial, yang dibuat dari kotoran burung. Victoria Beckham adalah salah satu konsumennya, yang mempercayai bahwa kotoran itu memiliki enzim anti jerawat.




[6]. Rawatan telur ikan


Rawatan muka menggunakan telur ikan pula merupakan salah satu rawatan kulit yang popular sekali gus dapat memudakan dan memberikan nutrisi kepada kulit. Rawatan tersebut dapat menyerap sehingga ke bahagian dalam kulit. Mineral yang terkandung di dalam telur ikan itu dapat menembusi kulit dan hasilnya tidak hanya membuat kulit menjadi lebih mulus, ia juga dapat menghaluskan, meremajakan, melembapkan serta mencerahkan kulit. Muka pelanggan akan dibersihkan dengan pembersih susu dan sabun sebelum telur ikan itu diletakkan. Rawatan itu melibatkan masa selama satu jam.



[7]. Facial dengan Lintah


Nama ilmiahnya adalah Hirudotherapy, tapi sebenarnya yang dilakukan adalah menaruh lintah di wajah Anda. Perawatan dengan menaruh lintah penghisap darah di kulit ini dilakukan di banyak spa di Rusia. Dengan 1000 USD (sekitar Rp 9 juta) Anda bisa meningkatkan peredaran darah dan saluran anti-peradangan dari air liur lintah.




[8]. Spa Jerami


Sejak tahun 1903, Hotel Heubad di wilayah utara Italia punya perawatan tubuh yang disebut Hay Bath. Tamu spa yang ingin mencoba akan diminta
berbaring di lantai beralas kain, kemudian seluruh tubuhnya ditimbun
jerami atau rumput yang sudah dihangatkan, hingga ke leher. Setelah itu, kain tadi akan membungkus tubuh dan dibaringkan di atas kasur air yang dipanaskan sekitar 107 derajat. Bila mandi rumput ini dilakukan lima kali dalam seminggu, nyeri otot dan sendi akan hilang. Namun, terapi ini tidak disarankan untuk mereka yang punya riwayat alergi. kongsion9